Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh..
1. Alhamdulillah, pada hari ini, saya mendapat satu ilham untuk menulis dalam blog ini setelah beberapa lama (setahun dah rasanya) tidak menulis disini..
2. Saya fikir, tajuk Diam Itu Emas adalah satu tajuk yang menarik untuk diperhalusi dan direnungi.. Sepertimana yang kita sedia maklum, setiap orang dari kita termasuk diri saya mempunyai lisan dan ada ketika, sebagai manusia, kita (terutamanya diri saya) tidak terlepas dari menggunakan lisan untuk mencemuh, memaki hamun, menghina, membuka aib orang lain, bercerita tentang perkara yang tidak sepatutnya kita cerita dan memerli orang yang ingin berubah ke arah yang lebih baik dengan perlian yang menyakitkan hati, ini semua adalah perkara yang ditegah dan dilarang didalam agama.
3. Jadi, adalah menjadi satu perkara yang baik dan terpuji apabila kita berjaya mengawal lisan dari berbuat perkara-perkara tersebut dengan perbanyakkan berdiam dan perbanyakkan mendengar.
4. Salah guna lisan ini sebenarnya menjerumus kita ke arah kebinasaan sebagaimana hadith nabi SAW berikut :
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika berbicara dengan Mu’adz bin Jabal radhiyallahu ‘anhu,
أَلاَ أُخْبِرُكَ بِمَلاَكِ ذَلِكَ كُلِّهِ. قُلْتُ بَلَى يَا نَبِىَّ اللَّهِ قَالَ فَأَخَذَ بِلِسَانِهِ قَالَ كُفَّ عَلَيْكَ هَذَا. فَقُلْتُ يَا نَبِىَّ اللَّهِ وَإِنَّا لَمُؤَاخَذُونَ بِمَا نَتَكَلَّمُ بِهِ فَقَالَ ثَكِلَتْكَ أُمُّكَ يَا مُعَاذُ وَهَلْ يَكُبُّ النَّاسَ فِى النَّارِ عَلَى وُجُوهِهِمْ أَوْ عَلَى مَنَاخِرِهِمْ إِلاَّ حَصَائِدُ أَلْسِنَتِهِمْ.
“Maukah kuberitahukan kepadamu tentang kunci semua perkara itu?” Jawabku: “Iya, wahai Rasulullah.” Maka beliau memegang lidahnya dan bersabda, “Jagalah ini”. Aku bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah kami dituntut (disiksa) karena apa yang kami katakan?” Maka beliau bersabda, “Celaka engkau. Adakah yang menjadikan orang menyungkurkan mukanya (atau ada yang meriwayatkan batang hidungnya) di dalam neraka selain ucapan lisan mereka?” (HR. Tirmidzi no. 2616. Tirmidzi mengatakan hadits ini hasan shohih)
5. Manakala hadith lain mengenai pentingnya memelihara lisan ialah berdasarkan Imam Nawawi rahimahullah dalam Syarh Muslim (18/117) tatkala menjelaskan hadits ini mengatakan, “Ini semua merupakan dalil yang mendorong setiap orang agar selalu menjaga lisannya sebagaimana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda,
مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا، أَوْ لِيَصْمُتْ
“Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka berkatalah yang baik dan jika tidak maka diamlah.” (HR. Bukhari no. 6018 dan Muslim no. 47). Oleh karena itu, selayaknya setiap orang yang berbicara dengan suatu perkataan atau kalimat, merenungkan apa yang akan ia ucap. Jika memang ada manfaatnya, barulah ia berbicara. Jika tidak, hendaklah dia menahan lisannya.”
6. Sehubungan dengan itu, sebenarnya diam itu adalah solusi yang terbaik dan bukanlah bermakna orang yang iam itu adalah orang yang tidak bijak atau tidak pandai kerana tidak mengutarakan pandangan dan pendapat dalam setiap hal, tetapi mungkin beliau memelihara lisan nya dan mrnghindarkan diri dari perbalahan yang sia-sia dan tidak bermanfaat..
Wallahua'lam