Thursday, June 29, 2017

Catatan 6 Syawwal 1438H / 30 Jun 2017

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh..

Dari Mahmud bin Labid bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesungguhnya yang paling aku khawatirkan dari kalian adalah syirik kecil." Mereka bertanya: Apa itu syirik kecil wahai Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam? Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjawab: "Riya`, Allah 'azza wajalla berfirman kepada mereka pada hari kiamat saat orang-orang diberi balasan atas amal-amal mereka: Temuilah orang-orang yang dulu kau perlihat-lihatkan di dunia lalu lihatlah apakah kalian menemukan balasan disisi mereka? 

-HR Ahmad 22523

1) Semoga Allah Taala menjauhkan diri serta keluarga saya dari sifat-sifat yang dicela oleh Allah Taala.. 

Wallahua'lam..


Wednesday, June 28, 2017

Catatan 4 Syawwal 1438H (Rabu, 28 Jun 2017)

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh..

1) Hari ini, saya telah bertekad untuk berusaha mencari peluang kerjaya yang lebih baik dari kerjaya sekarang (Moga Allah Taala memperkenankan hajat saya dan memudahkan segala urusan saya nanti).. Inshaallah.. Ini bermaksud, bukan kerjaya sekarang tidak bagus, tidak mempunyai keseronokan dalam berkhidmat, tetapi saya berpendapat, seseorang itu seharusnya berubah dari keadaan sekarang menjadi lebih baik.. Saya yakin dan percaya akan takdir Allah Taala terhadap diri saya..

2) Berdasarkan kuliyyah Dr Khalid Basalamah (Semoga Allah Taala menjaga beliau dan saya sebenarnya kerap mengikuti kuliyyah-kuliyyah beliau melalui youtube) mengenai rezeki, beliau menjelaskan bahawa rezeki setiap orang diantara kita sebenarnya telah dicatat dan ditentukan.. Tidak ada dalam Islam itu, rezeki saya diambil oleh orang lain.. Mustahil dan tidak mungkin.. Kalau orang lain lebih baik dari saya dari segi rezekinya, sudah begitu Allah Taala tetapkan, tidak boleh kita cemburu atau dengki..

3) Kita boleh memohon kepada Allah Taala, dan berdasarkan Sabda Nabi SAW yang bermaksud, "Tidak ada satu jiwa pun yang apabila dia meninggal dunia, kecuali dia pasti akan disempurnakan rezeki yang Allah catatkan untuknya.." Tidak mungkin kita meninggal kecuali semua rezeki akan sampai kepada kita yang telah Allah catatkan..

4) Dalam hadith lain pula, Sabda Nabi SAW yang bermaksud, "Kalau seandainya seseorang itu lari dari rezekinya, sebagaimana dia lari dari kematian, maka rezekinya akan mengejarnya sebagaimana mati mengejar dia.." Sudah begitu hukum Allah Taala..

5) Rezeki ini ibarat sebuah pohon.. Ada buah di pohon itu berjatuhan dan berterabur di atas tanah, dan ada buah yang masih bergantung di pokok itu.. Buah yang jatuh bertaburan ini, semua orang boleh merasainya.. Contohnya, udara yang dia hirup, cahaya yang membolehkan dia melihat, air yang kita tak pernah minta, tiba-tiba diberi oleh orang lain, kita tiba-tiba orang tua kita meninggal, lalu kita mewarisi harta tersebut, bermakna, rezeki ini, kita dalam keadaan tidak berusaha pun, ianya datang sendiri..

6) Manakala yang dimaksudkan dengan buah yang masih bergantungan pula, untuk kita semua dapatkannya, harus kita semua punyai tangga.. Tangga ini ialah Ikhtiar, yakni berusaha.. Semua orang kafir, orang beriman akan boleh dapat rezeki ini.. Ini sesuatu takdir / kemudahan yang Allah sediakan untuk semua orang.. Tangga ini adalah ikhtiar, misalnya, orang yang bersekolah, habis sekolah, dia masuk pula ke universiti, untuk dia mendapatkan pekerjaan yang lebih baik.. Dia ikhtiar dan berusaha untuk mencapai apa yang dihajatinya..

7) Cuma beza antara orang beriman dan orang kafir ialah, orang beriman mesti mengambil buah yang berkualiti sahaja (hal-hal yang Halal sahaja).. Berbeza dengan orang kafir, buah yang busuk pun diambilnya (Hal-hal yang haram)..

8) Dan harus kita ingat, kalau sesuatu itu bukan rezeki kita, tidak akan pernah kita dapatkan.. Sebagai contoh, kita beli sesuatu barang, kemudian kita leka dan barang tersebut tertinggal di sesuatu tempat, dan tibanya kita di rumah, kita baru teringat barang tersebut tertinggal, tapi berdasarkan ilmu yang ada, maka kita tenang hadapinya dan beranggapan, itu bukan rezeki kita..

9) Moga Allah Taala memudahkan urusan saya inshaallah..

Wallahua'lam..